8e002fc41445817ffbea67cb4f3b1f72.ppt
- Количество слайдов: 11
SOP PEMOTONGAN SEMENTARA
PEMOTONGAN SEMENTARA Pemotongan sementara bekalan air adalah satu cara untuk memberi kemudahan kepada pemilik premis/ waris pemilik premis/ wakil pemilik premis untuk menutup bekalan air di premis mereka
TERDAPAT BEBERAPA SENARIO PERMOHONAN PEMOTONGAN SEMENTARA BEKALAN AIR IAITU; SENARIO 1 Premis tidak berpenghuni sepanjang tempoh pemotongan bekalan air dilaksanakan. Pemotongan sementara bekalan air adalah untuk mengelakkan perkara - perkara seperti berikut daripada terjadi iaitu; 1. pengeluaran bil minima pada premis berkenaan; dan 2. berlakunya kecurian air semasa ketiadaan pemilik premis/ waris pemilik premis/ wakil pemilik premis di premis tersebut.
TERDAPAT BEBERAPA SENARIO PERMOHONAN PEMOTONGAN SEMENTARA BEKALAN AIR IAITU; SENARIO 2 Premis berpenghuni, diduduki oleh penyewa (penghuni premis) dan pemilik premis/waris pemilik premis/wakil pemilik premis ingin penyewa keluar dari premisnya dengan menutup bekalan air. Jika penghuni premis (penyewa) meminta pihak SYABAS agar dilakukan penyambungan semula bekalan air, pihak SYABAS TIDAK BOLEH membuat penyambungan semula bekalan air sehinggalah mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik premis/waris pemilik premis/wakil pemilik premis atau perintah mahkamah. Sebarang pertikaian penghuni premis dengan pemilik premis/waris pemilik premis/wakil pemilik premis adalah di luar bidang kuasa pihak SYABAS
KRITERIA & SYARAT UTK DC REQUEST Syarat – syarat permohonan yang harus dipatuhi adalah seperti berikut; v HANYA DIBENARKAN UNTUK KOD TARIF 10 (RUMAH KEDIAMAN) DAN 11 (INDUSTRI) SAHAJA dimana saiz meter adalah dibawah 25 mm; v Pemilik premis/ waris pemilik premis/ wakil pemilik premis boleh memohon untuk dilaksanakan pemotongan sementara bekalan air; v Permohonan pemotongan sementara bekalan air dibenarkan bagi pemohon yang hadir di pejabat syabas atau melalui surat atau email; dan v Pemilik premis/ waris pemilik premis/ wakil pemilik premis perlu menjelaskan semua tunggakan bil sekaligus dan caj pemotongan sebanyak RM 25. 00.
TEMPOH DC REQUEST A Tempoh yang diberikan untuk menutup bekalan air sementara bekalan air adalah untuk tempoh MAKSIMUM selama duabelas (12) bulan sahaja dari tarikh permohonan pemotongan sementara bekalan air. B Jika pemilik premis/waris pemilik premis/wakil pemilik premis memohon untuk dilaksanakan pemotongan sementara bekalan air melebihi duabelas (12) bulan, pihak SYABAS hendaklah menasihatkan pemohon untuk menutup akaun bekalan air. C Sebulan sebelum tamat tempoh pemotongan sementara, bekalan air pemilik premis/ waris pemilik premis/ wakil pemilik premis perlu menghubungi pihak SYABAS samada untuk; (i) Memohon penyambungan semula bekalan air; atau (ii) Menutup akaun bekalan air (terminate supply).
TEMPOH DC REQUEST D Namun sekiranya pemilik premis/waris pemilik premis/wakil pemilik premis gagal menghubungi pihak SYABAS, pihak SYABAS berhak untuk menutup akaun bekalan air tersebut tanpa sebarang notis diberikan kepada pemilik premis/waris pemilik premis/wakil pemilik premis. E Pemilik premis/waris pemilik premis/wakil pemilik premis perlu memohon semula bekalan air baru jika ingin mendapatkan semula bekalan air jika akaun asal telah ditutup.
DOKUMEN - DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN BAGI PERMOHONAN PEMOTONGAN SEMENTARA BEKALAN AIR IALAH; Pemilik Premis A Surat permohonan pemotongan sementara bekalan air (bagi permohonan melalui surat atau email sahaja); B Surat akuan pemotongan sementara bekalan air yang disediakan oleh pihak SYABAS; dan C Salinan kad pengenalan pemilik premis.
DOKUMEN - DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN BAGI PERMOHONAN PEMOTONGAN SEMENTARA BEKALAN AIR IALAH; Waris Pemilik Premis Surat akuan pemotongan sementara bekalan air yang disediakan oleh pihak SYABAS; dan Dokumen tambahan yang perlu disediakan ialah; a) carian Salinan geran rumah yang diakui sah atau salinan yang terkini di pejabat tanah yang berkenaan; b) Salinan surat pentadbiran harta pusaka si mati yang menamakan pewaris sebagai pentadbir atau berhak sebagai penerima harta pusaka; dan c) Salinan kad pengenalan waris.
DOKUMEN - DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN BAGI PERMOHONAN PEMOTONGAN SEMENTARA BEKALAN AIR IALAH; Wakil Pemilik Premis Surat akuan pemotongan sementara bekalan air yang disediakan oleh pihak SYABAS; Salinan kad pengenalan pemilik premis; Salinan resolusi dari Lembaga Pengarah Syarikat (jika berkaitan); Salinan Borang 49, Akta Syarikat 1965 (jika berkaitan); Dokumen tambahan yang perlu disediakan ialah; a) Salinan surat pengesahan wakil bagi permohonan dan penutupan akaun bekalan air; dan b) Salinan kad pengenalan wakil.
TERIMA KASIH


