8a5b383cad170853673220d39feb3190.ppt
- Количество слайдов: 40
Kesalahan-Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu
Kata Sendi Nama “dari” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan: Øarah Øtempat Øwaktu Ømasa
(a) menunjukkan tempat atau arah Contoh: Ø Angin kencang yang bertiup dari arah tenggara mungkin akan membahayakan bot -bot kecil. Ø Pihak pengkaji akan membuat kajian tersebut dari sudut ekonomi. Ø Puan berasal dari mana? Ø Mereka baru sahaja balik dari perpustakaan. Ø Kami akan membincangkan tajuk itu dari segi moral.
(b) menunjukkan waktu atau masa Contoh: Ø Pihak pengurusan akan memantau kes ini dari semasa ke semasa. Ø Sukacita dimaklumkan bahawa Khemah Bahasa akan diadakan dari 26 hingga 29 September 2010 di Taman Negara Lambir, Miri. Ø Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul sembilan pagi hingga ke pukul empat petang. Ø Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18.
Kata Sendi Nama “daripada” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi: Ømanusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak) Øsumber atau asal kejadian sesuatu benda Øperbezaan atau perbandingan.
a. menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak) Contoh: Kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. (manusia) Ø Borang permohonan biasiswa itu boleh didapati daripada pihak Kementerian Pendidikan. ( manusia) Ø Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya. (haiwan) Ø Kain berasal daripada benang manakala benang pula berasal daripada kapas. (benda)* Ø Daripada penyelidikan yang dilakukan, sebanyak 80. 3 peratus responden gemar menonton rancangan berbentuk hiburan. (abstrak) Ø Dia mendapat manfaat daripada nasihat bapanya. (abstrak) Ø (* juga boleh menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda seperti di bawah)
b. menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda Contoh: ØUkiran itu diperbuat daripada logam. ØSemua ubatnya daripada akar kayu. ØAzreen mendapat ilham daripada pemandangan itu. ØKebanyakan kuih berasal daripada tepung.
c. menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Contoh: Ø Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Inggeris SPM tahun ini lebih baik daripada tahun lalu. Ø Budak itu lebih suka membaca buku daripada menonton televisyen. Ø Cara berfikirnya lain daripada yang lain. Ø Daripada Alia, lebih baik Azura. Ø Harga kain itu kurang sedikit daripada harga biasa.
Kata Sendi Nama “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk: Ø manusia, haiwan, unsur mujarad (abstrak) Ømenyatakan pecahan Ømenyatakan perubahan keadaan.
Contoh: Tuan/puan diminta merujuk hal ini kepada pihak atasan. (manusia) Ø Pekerja zoo memberi makanan kepada binatang di zoo tersebut tiga kali sehari. (haiwan) Ø Perkahwinannya mampu bertahan kerana bersandar kepada kesetiaan. (mujarad) Ø Peserta Khemah Bahasa telah dibahagikan kepada enam kumpulan. (pecahan) Ø Suhu badannya meningkat kepada 39°C. (perubahan keadaan) Ø Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. (perubahan keadaan) Ø
*** Namun, kata sendi nama “kepada” boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh: Ø Ibu bapa telah menghantar surat bantahan kepada sekolah tersebut. Ø Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghadiahkan buku bacaan kepada beberapa buah perpustakaan sekolah. Ø Surat itu hendaklah dihantar kepada Kementerian Pendidikan dengan segera.
Kata Sendi Nama “pada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama dalam situasi yang berikut: i. Ø Ø ii. Ø Ø Ø iii. menunjukkan keterangan waktu Contoh: Pihak kami berharap hal ini tidak akan berulang pada masa akan datang. Borang itu dihantar kepada pihak tuan pada 22 Disember 2005. menunjukkan hubungan tempat bagi perbuatan kata kerja Contoh: Iklan syarikat itu terpampang pada setiap bas Sri Jaya. Bajunya tersangkut pada cangkuk besi lalu koyak. Sindiran orang tua itu dirasai terkena tepat pada batang hidungnya. apabila hadir di hadapan kata “ada” atau “tiada”, mesti diikuti kata nama yang merujuk manusia atau haiwan. Contoh: Ø Semua ketua jabatan disarankan memanfaatkan kuasa yang ada pada mereka untuk kepentingan organisasi masing-masing. Ø Keupayaan untuk berfikir tiada pada binatang.
Kata Sendi Nama “di” dan Imbuhan “di” Kata sendi nama (KSN) di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya manakala imbuhan di dicantum dengan kata yang mengikutinya (kata kerja) Nota : Oleh kerana KSN di digunakan di hadapan kata nama/frasa nama menunjukkan tempat, maka penggunaan di kalangan tidak tepat kerana kalangan bermaksud golongan/ kelompok/ kumpulan (abstrak). Penggunaan yang tepat ialah dalam kalangan kerana dalam digunakan di hadapan kata nama bersifat abstrak/ tidak mempunyai ruang. Ø Ø Contoh : Seorang wanita dipenjara 10 tahun kerana menyalahgunakan wang syarikat. Wanita tersebut menjalani hukuman penjara di Penjara Pudu. Kursus Kepimpinan Pelajar akan diadakan di Kem Belia Pueh, Sematan. Semua pelajar sekolah menengah diwajibkan mengikuti kelas tambahan Bahasa Inggeris di sekolah masing-masing.
Kata Sendi Nama “ke” dan Imbuhan “ke” (a) Apabila berfungsi sebagai kata sendi nama yang menyatakan hubungan tempat atau arah, maka “ke” dieja terpisah daripada kata nama (tempat) yang mengikutinya. Ø Ø Ø Contoh: Ø Beliau telah berkhidmat di sini dari muda hingga ke tua. Konvoi Kembara Bahasa telah singgah ke lima tempat sebelum sampai ke Sibu. Papan tanda tersebut dialih ke tengah ruang pejabat agar mudah dilihat oleh pelawat. Semua pekerja menjengok ke luar setelah mendengar bunyi jeritan yang dahsyat. (b) Apabila “ke” berfungsi sebagai imbuhan, maka “ke” ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya untuk membentuk kata nama, kata bilangan dan kata kerja. Ø Ø Contoh: Ketua unit di setiap jabatan memainkan peranan penting memastikan staf di unit mereka menjalankan tugas dengan cekap dan dedikasi. (kata nama) Minit Mesyuarat Kelima Pusat Pengajian Bahasa disahkan tanpa sebarang pindaan. (kata bilangan) Ø Encik Hashim telah keluar pejabat sejak pukul 10. 00 pagi tadi. (kata kerja)
Penggunaan “di dalam” dan “dalam” Frasa sendi nama di dalam - menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang kata dalam - memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau tidak mempunyai ruang seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang dan sebagainya. Contoh: Ø Pemburu itu sesat di dalam hutan. Ø Penumpang tidak dibenarkan merokok di dalam kabin kapal terbang. Ø Semua peserta berkumpul di dalam dewan. Ø Dia merupakan pelajar yang pintar dalam kalangan kawan-kawannya. Ø Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu. Ø Kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa amat penting bagi pelajar.
Penggunaan “di antara” dan “antara” Frasa sendi nama di antara - mempunyai ruang (kedudukan fizikal atau tempat) Kata antara - berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah dan digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak *Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan Contoh: Ø Juzaila duduk mencelah di antara Syahmina dengan Shahira. Ø Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu. Ø Masalah disiplin merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu. Ø Kini, ramai antara mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu. Ø Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. Ø Antara Rahim dengan Azman banyak perbezaannya.
Hukum D-M (Diterang-Menerangkan) ialah peraturan susunan frasa dalam bahasa Melayu. Dalam susunan frasa bahasa Melayu, kata yang diterangkan (D) MESTI hadir dahulu, diikuti oleh kata yang menerangkan (M).
Contoh-contoh lain kesalahan hukum D-M adalah seperti yang berikut: Salah ØMini telekung Ømi 2 minit segera ØLinda Restoran Ølain-lain hal Ømaksimum denda ØS. Y Lim Klinik Sakit Puan dan Bersalin ØJuara Kedai Kopi Betul Øtelekung mini Ømi segera 2 minit ØRestoran Linda Øhal-hal lain Ødenda maksimum ØKlinik Sakit Puan dan Bersalin S. Y Lim ØKedai Kopi Juara
Kecualian Hukum D-M Ø boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama sekali pada nama-nama jawatan. Contohnya: Penerang (M) Yang diterangkan (D) Perdana Timbalan Naib Ibu Menteri Presiden Pejabat
Penggunaan Tanda Sempang ( - ) (a) Ø menghubungkan awalan ke- dengan angka bagi membentuk angka bilangan ordinal. Contoh: Minit Mesyuarat ke-3 Khemah Bahasa 2010 disahkan tanpa sebarang pindaan. Ø Perayaan Ulang Tahun ke-50 RTM sungguh meriah. Ø Sejak kurun ke-17, sastera Islam telah berkembang dengan pesatnya. (b) Ø merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an. Contoh: Pegawai kerajaan yang telah berpencen selepas tahun 80 -an akan menerima insentif khas daripada pihak kerajaan. Ø Penyanyi tahun 70 -an masih popular hingga kini. Nota : Rangkai kata 80 -an dan 90 -an dalam ayat di atas merujuk dekad-dekad abad ke-20 (tahun 1900 hingga 1999). Dekad-dekad dalam abad ke-19 dan sebelumnya dirujuk dengan menyebut angka tahun sepenuhnya. (c) (d) menghubungkan imbuhan dengan kata nama khas. Contoh: se-Malaysia pro-Malaysia anti-Israel anti-Amerika menghubungkan kata nama dengan ganti nama diri yang merujuk Tuhan. Contoh: hamba-Mu suruhan-Nya kepada-Ku perintah-Nya
Kata Majmuk Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentukbentuk kata yang telah mantap adalah: antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari setiausaha tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya
Terdapat sejumlah perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum Contohnya: (i) kata nama: peribadi, peribahasa, hulubalang, dinihari, perikemanusiaan (ii) kata adjektif: sukacita, dukacita (iii) kata sendi nama: kepada, daripada (iv) kata hubung: apabila, manakala, padahal, darihal, barangkali, kadangkala, apakala, walhal (v) kata tanya: bagaimana
Penggandaan Kata Majmuk Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja. Contohnya: alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku kata jirim-jirim organik Menteri-Menteri Besar gambar-gambar rajah kapal-kapal terbang garis-garis pusat model-model linear Naib-Naib Canselor Ketua-Ketua Menteri Pengecualian - penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur Contohnya: Pesuruhjaya-pesuruhjaya Warganegara-warganegara Tandatangan-tandatangan Jawatankuasa-jawatankuasa
Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk + imbuhan = kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk: (i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya: campur aduk → bercampur aduk litar selari → berlitar selari ambil alih → mengambil alih temu bual → ditemu bual daya serap → daya serapan (ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya: campur aduk → mencampuradukkan daya serap → kedayaserapan garis pusat → menggarispusatkan satu padu → menyatupadukan urus niaga → diurusniagakan
Kata Pemeri - unsur yang memerikan hal atau merupakan perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat - 2 kata pemeri dalam bahasa Melayu: (i) ialah - digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan. Contoh: Rumah itu ialah rumah Datuk Mohan. Nama ketua jabatan kami (ialah) Azman bin Halim. Kucing belang itu ialah kucing jenis parsi. (ii) adalah - hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama yang bersifat huraian Contoh: Keputusan pihak hakim adalah muktamad. Jawapan yang diberikan oleh peserta kuiz itu (adalah) tepat. Kursus ini adalah untuk memantapkan disiplin pelajar. Sumbangan besar beliau adalah dari segi kewangan.
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja (pada pangkal ayat, seperti yang lazim digunakan dalam ayat berbentuk makluman dan pengisytiharan). Contoh: Ø Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama pihak RTM akan menganjurkan Malam Kesenian pada 31 Disember 2004. (salah) (sepatutnya : Dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama pihak RTM akan menganjurkan Malam Amal pada 31 Disember 2005. ) Ø Adalah menjadi harapan pihak kami agar pihak tuan dapat memberi maklum balas segera berkenaan hal ini. (salah) (sepatutnya : Pihak kami berharap agar pihak tuan dapat memberi maklum balas segera berkenaan hal ini. ) Ø Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad, 14 November 2004. (salah) (sepatutnya : Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad, 14 November 2004. ) Nota : kata pemeri boleh hadir di hadapan kata kerja seperti contoh berikut kerana kata berenang, memasak dan menyanyi telah mengambil sifat kata nama dalam konteks ini. - Hobi saya ialah berenang/memasak/menyanyi.
Kata pemeri juga tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi. Contoh: Encik Razak ialah bukan timbalan pengarah jabatan kami. (sepatutnya: Encik Razak bukan timbalan pengarah jabatan kami. ) Arahan tersebut adalah bukan untuk semua kakitangan kerajaan. (sepatutnya: Arahan tersebut bukan untuk semua kakitangan kerajaan. ) Namun demikian terdapat kecualian. Dalam keadaan tertentu, kata pemeri adalah boleh wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Contoh: Kenyataan itu adalah tidak benar. (Boleh juga: Kenyataan itu tidak benar). Keputusan itu adalah tidak adil. (Boleh juga: Keputusan itu tidak adil). Sambutan tahun baru yang dibuat secara berpesta-pesta adalah tidak sesuai dengan budaya timur. (Boleh juga: Sambutan tahun baru yang dibuat secara berpesta-pesta tidak sesuai dengan budaya timur. )
Penggunaan Kata Tanya -berfungsi untuk membentuk ayat tanya - Kata tanya tidak sepatutnya digunakan dalam ayat penyata. Contoh penggunaan yang betul: Apa yang dilihat oleh mereka? Bagaimana dia hendak pergi ke klinik dalam keadaan lemah begini? Mengapa pelajar diminta mendaftar kursus di dewan itu? Mana satu buku yang hendak dibeli? Berapa harga sekilo beras sekarang? Bila kamu akan berangkat ke Kuching? Contoh penggunaan yang salah: Saya tidak tahu apa yang mereka bualkan tadi. (Sepatutnya : perkara/topik/isu) Puan Aini ingin mengetahui bagaimana pelajarnya meniru dalam peperiksaan. (sepatutnya : cara/kaedah) Fahmi menanyakan ibunya bilakah mereka akan pergi ke taman permainan (sepatutnya : masa/tarikh/hari)
Walau bagaimanapun, beberapa kata tanya seperti apa, bila dan mana boleh digandakan menjadi apa-apa, bila-bila dan mana-mana dan digunakan dalam ayat penyata. “Apa-apa” berfungsi untuk merujuk kepada sebarang perkara secara umum. Contoh: Saya tidak mahu makan apa-apa kerana sudah kenyang. Apa-apa sahaja yang diminta oleh anaknya akan dipenuhi oleh Puan Noraini. Kami memang tidak tahu apa-apa tentang kecurian yang berlaku di rumahnya minggu lepas. “Bila-bila” berfungsi sebagai kata ganti umum yang merujuk kepada waktu /masa/ ketika (digunakan untuk menggantikan masa secara umum) Contoh: 1. Sekiranya budaya kerja kakitangan kerajaan tidak diubah, sampai bila-bila pun prestasi kerja mereka tetap di takuk lama. 2. Dia akan muncul bila-bila masa sahaja. 3. “Bila-bila kamu ada kelapangan, datanglah ke pejabat saya, ”kata Parameswari. 4. Kata Tim, “Bila-bila masa sahaja bangunan lama itu akan runtuh. ” “Mana-mana” pula digunakan untuk menggantikan tempat, benda dan orang secara umum. Contoh: 1. Mana-mana pakaian yang lama itu disimpannya di dalam almari. 2. Dia tidak pergi ke mana-mana petang itu.
“Apabila” pula berfungsi sebagai kata hubung untuk membentuk ayat majmuk keterangan. Contoh: ØSemua kakitangan kerajaan menarik nafas lega apabila Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada mereka. ØMurid-murid berhenti bercakap apabila guru mereka masuk. ØPelajar-pelajar akan berdiri tegak apabila lagu Negaraku dinyanyikan. Ayat-ayat berikut pula salah: ØSemua kakitangan kerajaan menarik nafas lega bila Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada mereka. ØMurid-murid berhenti bercakap bila guru mereka masuk. ØPelajar-pelajar akan berdiri tegak bila lagu Negaraku dinyanyikan.
Penggunaan Ungkapan “Yang Mana” dan “Di Mana” dalam Ayat Penyata -hanya berfungsi sebagai kata tanya dalam ayat tanya. -Kesilapan sering berlaku disebabkan penterjemahan secara langsung daripada perkataan bahasa Inggeris which yang berfungsi sebagai ganti nama relatif dalam bahasa Inggeris dan where yang boleh berfungsi sebagai kata hubung. Contoh: Indicipline in schools which has become a serious phenomena in our education system should be handled efficiently. a. Masalah disiplin di sekolah yang mana sudah menjadi satu fenomena serius dalam sistem pendidikan harus ditangani dengan berkesan. (salah) b. Masalah disiplin di sekolah yang sudah menjadi satu fenomena serius dalam sistem pendidikan harus ditangani dengan berkesan. (betul) The village where I live is very peaceful. a. Kampung di mana saya tinggal sangat aman. (salah) b. Kampung tempat saya tinggal sangat aman. (betul)
Contoh-contoh kesalahan lain: ØUntuk makluman tuan/puan, kursus bahasa ketiga di universiti ini bertaraf generik di mana ditawarkan kepada semua pelajar. (salah) ØUntuk makluman tuan/puan, kursus bahasa ketiga di universiti ini bertaraf generik dan ditawarkan kepada semua pelajar. (betul) ØSesetengah pelajar menganggap subjek Fizik, Kimia dan Biologi hanya dipelajari untuk kerjaya yang teknikal yang mana anggapan ini akan membataskan minat mereka terhadap bidang sains. (salah) ØSesetengah pelajar menganggap subjek Fizik, Kimia dan Biologi hanya dipelajari untuk kerjaya yang teknikal. Anggapan ini akan membataskan minat mereka terhadap bidang sains. (betul)
Kesalahan Penggunaan “ianya” Kata ianya tidak wujud dalam bahasa Melayu. Kedua-dua ia dan nya merupakan kata ganti nama diri. Jika ianya digunakan, maka terdapat dua ganti nama diri dan hal ini amat janggal. Oleh itu, ayat di bawah ini salah: Contoh: Bakul yang penuh dengan sayur-sayuran itu tidak terangkat oleh Suresh kerana ianya terlalu berat. Kes itu sulit kerana ianya melibatkan golongan atasan.
Penggunaan “Oleh Kerana”, “Oleh Sebab”, “Kerana” dan “Sebab” (a) Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana adalah salah. Hal ini disebabkan oleh mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana ialah kata hubung. Bentuk yang betul ialah oleh sebab. Contoh: 1. Oleh kerana kesilapan sering berlaku, perkara ini perlu dibincangkan lagi. (Sepatutnya: Oleh sebab kesilapan sering berlaku, perkara ini perlu dibincangkan dengan teliti. ) 2. Keadaan selepas kejadian tsunami itu sangat memilukan oleh kerana ribuan mayat bergelimpangan di mana-mana sahaja. ) (Sepatutnya: Keadaan selepas kejadian tsunami itu sangat memilukan oleh sebab ribuan mayat bergelimpangan di mana-mana sahaja. ) (b) Kata hubung kerana tidak boleh disamakan dengan kata nama sebab. Oleh itu, penggunaan sebab untuk menggantikan kerana seperti dalam ayat-ayat di bawah ini adalah salah. Contoh: 1. Jasmin berasa bimbang sebab ibunya sakit (Sepatutnya: Jasmin berasa bimbang kerana ibunya sakit) 2. Mesyuarat itu ditangguhkan sebab pengerusinya tidak dapat hadir. (Sepatutnya: Mesyuarat itu ditangguhkan kerana pengerusinya tidak dapat hadir)
Pengejaan Kata Apabila Menerima Imbuhan (a) Kata asli bahasa Melayu yang bermula dengan konsonan p, t, k, s mengalami pengguguran konsonan tersebut apabila menerima imbuhan me. N dan pe-N Contoh: perlu – memerlukan (p > m) potong – pemotong kerja – mengerjakan (k > ng) kelompok – pengelompokan kagum – mengagumkan tarik – menarik tolak - penolakan suci – menyucikan sayang – penyayang (t > n) (s > ny)
(b) Kata pinjaman yang bermula dengan konsonan p, t, k, s akan mengekalkan konsonan tersebut apabila menerima imbuhan me-N dan pe-N Contoh: proses – memproses terjemah – menterjemah kategori – mengkategori sintesis – mensintesis pamer - mempamerkan transitif - ditransitifkan klasifikasi - pengklasifikasi struktur - penstrukturan
(c) Apabila kata dasar yang berakhir dengan konsonan k menerima imbuhan akhiran -kan, maka terdapat dua cara penulisannya. (i) Kata dieja dengan satu k apabila menunjukkan kata nama am Contoh: ØSaya sentiasa merindui masakan ibu yang tiada tandingannya. ØPertunjukan pentas yang dianjurkan oleh pihak Astrio berjaya menarik perhatian orang ramai. (ii) Kata dieja dengan dua k apabila menunjukkan kata kerja (perbuatan) Contoh: ØTolong masakkan saya bubur sebab saya kurang sihat. ØSemua staf diminta menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.
Penggunaan “Ini Kerana” Contoh : ØIni kerana kehidupan masyarakat hari ini lebih mementingkan kebendaan. (salah) ØIni kerana kursus generik yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan keperluan pelajar di universiti tersebut. (salah) Ayat-ayat di atas tidak gramatis kerana ungkapan ini menyalahi struktur ayat bahasa Melayu. Ungkapan ini mengikut struktur atau pola ayat bahasa Inggeris This is because. Ayat-ayat ini boleh dibetulkan menjadi: ØHal ini demikian kerana kehidupan masyarakat hari ini lebih mementingkan kebendaan. ØHal ini demikian kerana kursus generik yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan keperluan pelajar di universiti tersebut.
Penggunaan “tetapi” dan “yang” pada Pangkal Ayat - tidak dapat digunakan pada pangkal ayat sekiranya ayat tersebut merupakan ayat pertama bagi sesebuah wacana (kecuali penggunaan yang pada ayat tanya, tiada masalah) - Walau bagaimanapun, kedua-dua kata ini boleh digunakan pada pangkal sesuatu ayat jika: a. ayat tersebut merupakan ayat sambungan daripada ayat sebelumnya. Contoh: ØMasyarakat di kampung tersebut telah menikmati kemudahan-kemudahan seperti jalan raya, elektrik dan air paip sejak sepuluh tahun lalu. Tetapi bekalan elektrik dan air paip sering terputus, terutama pada penghujung tahun. ØPihak universiti menggalakkan para mahasiswa mengikuti kursus merentas kurikulum agar mereka berupaya menjadi graduan yang serba boleh. Tetapi hal ini disalah tafsir oleh sesetengah mahasiswa, dan beranggapan tindakan pihak universiti membebankan mereka. b. berlaku proses pengguguran subjek. Contoh: ØYang berbaju kuning itu tunang saya. (Berasal daripada ayat “Lelaki yang berbaju kuning itu tunang saya”) ØYang rajin berusaha selalunya akan berjaya.
Amalan Kelewahan Dalam Bahasa Melayu - amalan kelewahan dapat diertikan sebagai penggunaan kata, frasa ataupun ungkapan secara berlebihan dalam penulisan Contoh: §Kanak-kanak itu diberi hadiah percuma oleh penganjur pertandingan. (sepatutnya : Kanak-kanak itu diberi hadiah oleh penganjur pertandingan. §Punca masalah ini disebabkan virus. (sepatutnya : Punca penyakit itu ialah virus atau Penyakit itu disebabkan virus) §Kita perlu berjuang demi untuk negara tercinta.
8a5b383cad170853673220d39feb3190.ppt